Showing posts with label Cheese. Show all posts
Showing posts with label Cheese. Show all posts

Wednesday 1 May 2013

RED VELVET CAKE

Bagai pungguk rindukan sang purnama,
Bintang-bintang idaman kalbu pula mencipta buruj berupa syaitan durjana,
Terbunuh dalam sepi di himpit derita rindu!









Friday 26 April 2013

Feather Light Cheesecake


  Dah lama tak baking cheesecake, memang mengidam sangat nak makan.. Kalau selalu asyik dok buat cheesecake yang heaven, kali ni kita try yang light plak.. Lol.. Feather Light Cheesecake.. Cheesecake yang sangat ringan dan gebu, masuk mulut jer lesap. suka sangatt ngan tekstur cake ni, makan banyak2 pun tak muak..



  Tqvm to evelyn gemina sebab kongsi resepi siap dengan gambar step by step lagi. Resepi asal dari buku yg bejudul "Fantastic Cheesecake" from Alex Goh. Resepi dibawah saya kopi & pasta dari blog mybakingworkshop

Feather Light Cheesecake
recipe from Alex Goh
sumber: mybakingworkshop

Bahan-bahan:
A
250g susu segar (saya guna full cream milk)
20g butter

B
125g cream cheese

C
50g tepung (saya guna superfine)

D
2 biji kuning telur gred A
1 sk esen vanila

E
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
80g gula kaster
Secubit garam

F
1 sk chocolate paste (saya guna serbuk koko 1sb)

Cara-cara: 
1. Griskan loyang segiempat bersaiz 20cm & alaskan dasarnya guna kertas minyak.
2. Masak bahan A hingga mendidih (guna api perlahan).
3. Pukul bahan B hingga lembut.
4. Tuang bahan A tadi kedalam bahan B, gaul hingga sebati.
5. Kemudian, masukkan bahan C & gaul hingga sebati.
6. Guna teknik double boiler, masak adunan hingga pekat.
7. Alihkan dari double boiler & masukkan pula bahan D, gaul sebati.
8. Pukul bahan E hingga kembang & bertanduk.
9. Kaup balikkan bahan E yang telah dipukul kedalam adunan cheese tadi (langkah 7), gaul sebati.
10.  Ambil lebih kurang 100g adunan & campurkan dengan bahan F, gaul rata.
11. Tuang adunan cheese dalam loyang & tuang pula campuran bahan F (cheese + coklat) atasnya, swirl kan untuk buat bentuk marble.
12. Bakar guna teknik water-bath pada suhu 160C selama 50 - 60 minit atau hingga kek masak (kalau guna loyang yang berpateri, balut loyang guna aluminium foil). Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan atas wire rack untuk mengelakkan kek mengecut.

Wednesday 6 February 2013

CHEESECAKE




  Cheesecake yang sedap sangat, ramai yang dah cuba resepi ni. Rasa persis New York Cheesecake kat secret recipe.. hehe. persis jer la.. klau cakap sebijik rasa cam secret mati la kena cerca! Memang akan buat lagi lepas ni. Resepi ni boleh digunakan sebagai basic recipe  dan dipelbagaikan mengikut citarasa, boleh letak oreo, bluebery filling or marble. Thanks biduri sebab share resepi yang marvellous ni.


Cheese Cake
sumber:  Biduri@myresipi.com

Bahan-bahan:
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt [sy guna uht whipping cream 150ml + yogurt 50g]
2 sudu besar jus lemon [sy guna esen vanilla 1 sudu kecil jer]
3 sudu besar tepung gandum [sy guna cake flour]
2 biji telur
90g gula

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

***My method:->
-Filling: putar cream cheese & gula hingga bekrim, masuk tepung & putar, 
then masuk telur satu-persatu, putar lagi, masuk whipping cream+yogurt, putar sehingga sebati.
-Crust: biskut marie dikisar + butter cair + gula 1sudu. gaul sebati tekan-tekan bagi rata pada dasar loyang, bakar kejap dalam 5 minit.
-Lepas tu masukkan filling & bakar cheesecake guna kaedah water bath/bain marie.
~Bila dah masak renggangkan pintu oven, biar cheesecake dalam oven lebih kurang setengah jam.  
~Then bleh keluarkan dari oven sejukkan sehingga suhu bilik, pastu masukkan dalam petiais, sejukkan selama 4 jam / semalaman.
~Dah siap bleh la makan plain camtu jer or letak bluebery filling.. Slurp :p
~Tips nak potong cheesecake: pastikan guna pisau tajam celup dalam air panas/mendidih dan di lap. Baru potongan nampak cantik jer & tak comot.

Wednesday 30 January 2013

My first attempt of making cheesecake..


  First time buat cheese cake. Alhamdullilah menjadi. Baru sampai seru katanya. Lol. Dah lama dah dok intai resepi kat blog kak ummi. Memang membuak2 sgt nak try, tengok resepi pun simple, tengok gambar pun nek juling [@_@]. tambah plak memang suka ngan oreo. Saya try buat setengah adunan jer, yer la takut karang fail masuk tong sampah jer kan.. nangis. T_T Pasal gambar kat atas yang sememeh tu sory ek. :-p  terlebih excited punya pasal cincang pun ikut dan jer. Memang sedap sangat2. Tqvm kak ummi sebab share resepi yang ohsemm ni. nanti nak buat lagi. Jom layan gambar & resepi. KEBABOM!

Crust guna biskut oreo + biskut marie. coz biskut oreo tak cukup beli sepeket jer..



Bakar dalam bekas pound cake 8X4 inch jer.



Pic baru kuar peti ais setelah disejukkan semalaman. Kalau guna loyang biasa camni jangan lupa alas dengan aluminium foil, nanti senang nak keluarkan.



Setelah drizzle ngan chocolate cair.



Pastu lorek-lorek sikit wat corak.. Serabut pala otak tengok kan.. hehe



Setelah dibedah siasat.. hasilnya, eeemmmmmmmmm..pejam mata sambil berangan dok bersantai kat secret recipe jap.. haha




Resepi di bawah ni saya copy & paste dari blog kak ummi.

OREO CHEESECAKE
Resepi asal: Citarasawan (Kak Wan)
Sumber: Homesweethome (Kak Ummi)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
200 gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
50 gm mentega cair (*akak guna 75 gm)

Bahan Filing:-
750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
1/2 tbsp esen vanila
3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
200 ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
1 tbsp lemon juice
15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)

#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Saya buat setengah adunan dari kak ummi dan bakar dalam bekas 8X4 inch, sukatan seperti berikut:

Bahan Dasar:-
70 gm biskut oreo + 80 gm biskut marie dikisar halus
40 gm mentega cair

Bahan Filling:-

250 gm keju krim
55 gm gula kaster
1/2 tsp esen vanila
1 biji telur
75 ml whipping krim
1 tsp lemon juice
8 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Cara-cara:-
-Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
-Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
-Masukkan biskut oreo, gaul rata.
-Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
-Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
-Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
-Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.