Showing posts with label Chocolate Cake. Show all posts
Showing posts with label Chocolate Cake. Show all posts

Monday 1 April 2013

Super Moist Eggless Chocolate Cupcake with Chocolate Ganache


  Walahh dapnyer coklat yang meleleh ituu..


  Kek coklat tanpa telur yang sedap dan moist sangat, dah nama pun supermoist kan. hehe.. Bertambah-tambah sedap lagi bila digandingkan dengan coklat ganache, tambah plak kalau makan sejuk-sejuk dari peti ais.. walahh.. desert yang menjadi kegemaran ramai.



  Resepi di bawah saya kopi & pasta dari blog myresipi. Kredit to dayang_jack untuk resepi yang ohsem ni. Resepi chocolate ganache pula saya dapat dari seorang kenalan di fb, Kak Umi Nadia Yunus. Thanks kak dayang & kak umi!

   Saya buat 2 adunan cake & 1/2 adunan chocolate ganache. buat dalam bekas cup size comel2, makan pun guna sudu jer senang. Jom try~

Kek Coklat Tanpa Telur (super moist)
sumber: dayang_jack@myresipi.com

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang) [sy guna serbuk coklat]
2 sudu besar susu tepung [sy tak letak sbb dah guna susu segar]
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) [sy guna susu segar sejuk dr peti ais]
1 cawan gula perang [sy guna 1/2 cup gula perang + 1/2 cup gula castor]
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco [sy guna esen coffee]
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung [sy guna minyak jagung daisy]
1 sudu kecil cuka atau jus lemon [sy letak cuka 3/4 sk jer]

Cara-cara:
-Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
-Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
-Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
-Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
-Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
-Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
-Untuk rujukan lanjut, sila ke DapurKu SaYang. Trm ksh. http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate-cake, html atau http://dayangjack.blogspot.com/2011/04/super-moist-eggless-chocolate.html
**Jika menggunakan loyang bsr, sila gandakan adunan atau buat 1 1/2 adunan. tq


Chocolate Ganache
sumber: Umi Nadia Yunus @ fb

Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko [sy guna serbuk chocolate]
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 sudu besar butter
1 cawan air
3 sudu besar tepung jagung

-Masuk semua bahan dalam periuk kacau hingga likat. (Guna api kecil je)