Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Saturday 16 March 2013

Pumpkin Chocolate Chip Cookies



  Penah makan biskut labu? camne rasa dia? nak tau? HEhe.. Cookies ni tak rangup krup krup macam chocolate chip cookies yang besa tu yer, tekstur nya agak cakey. Not bad, Cookies yang lembut dan enak dengan rasa labu dan chocolate chip. Sedap dimakan panas-panas.



Pumpkin Chocolate Chip Cookies
source: mybakingtherapy.blogspot.com

Ingredients:
1 cup (2 sticks) unsalted butter, softened
1 cup white sugar [reduced to 2/3 cup]
1 cup light brown sugar
2 large eggs
1 tsp. vanilla extract
1 cup canned pumpkin puree
3 cups all-purpose flour
2 tsp. baking soda
1/2 tsp. salt
1 tsp. ground cinnamon
1/2 tsp. ground ginger
1/4 tsp. ground nutmeg
1/4 tsp. ground cloves
2 cups (12-oz bag) semi-sweet chocolate chips

Steps:
-Heat the oven to 350 F. Spray cookie sheets with nonstick spray or line with parchment paper. 
-Using a mixer, beat the butter until smooth.
-Beat in the white and brown sugars until the mixture is light and fluffy.
-Beat in the eggs 1 at a time, then mix in the vanilla and pumpkin puree.
-In a large bowl, whisk together the flour, baking soda, salt, cinnamon, ginger, nutmeg and cloves.
-Slowly beat the flour mixture into the batter. Stir in the chips.
-Scoop the cookie dough by heaping tablespoons onto the prepared cookie sheets and bake for 15-17 minutes or until cookies are brown around the edges.
-Remove cookie sheets from oven and let them rest for 2 minutes. Transfer to wire racks and cool completely.



Saturday 2 February 2013

Biskut Coklat Chips Kak Nor


  Biskut Coklat Chips yang rangup dan ringan. Masa baru masak tu lembut jerk. dah sejuk rangup! Manis pun just nice. Next time buat nak lebihkan choc chip lagi sedap.



Biskut Coklat Chips

BAHAN-BAHAN:
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang [dipanggang]

CARA-CARA:
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya..

Saturday 5 January 2013

Deutsche Kekse

  Tergeliat lidah kan nak baca tajuk! Heee.. Tapi kalau nak makan sure tak tergeliat.. masuk mulut jer terus lesap.. emmmm *~^  German Cookies atau dalam bahasa german dipanggil Deutsche Kekse. Sebenarnya dah lama dah dok intai resepi ni kat blog bisousatoi. Baru-baru ni, selongkar-selongkar dapur terjumpa tepung kentang balance buat kuih raya last year. Apa lagi korban jer la buat cookies ni.



  Memang sedap, creamy, rasa lemak-lemak, ringan dan gebu. Amat sesuai sangat buat kudap-kudapan sambil menonton tv, kalau dah start kunyah tu memang tak bleh berenti, tup-tup balang dah kosong.. [@_@]' adeh la..

  Nak buat pula cukup senang, resepi pun simple tak guna banyak bahan. Tapi plain cookies camni boleh dipelbagaikan, klau google jer kita boleh nampak gambar ade yang buat versi marble, hias dengan coloured sugar, drizzle dengan chocolate cair, tambah bijan hitam dalam adunan dan sebagainya. Tu semua ikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Pada saya ikut original resepi pun dah sedap, plain jer. Tapi kan, kalau nak makan dengan nutella pun sedap gak, buat macam sandwich sapu nutella kat tengah. Tqvm Kak Rima sebab share resepi. Resepi kat bawah ni dah di terjemah dalam bahasa melayu, saya copy dari blog mat gebu. zasSS..




BAHAN-BAHAN
*125 gram mentega
*125 gram tepung kentang
*80 gram tepung halus (saya guna tepung kek)
*40 gram gula aising, di
ayak
*1/2 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)

CARA-CARA
~Satukan tepung kentang dan tepung kek, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
~Ambil sedikit adunan dalam 1/2 sudu besar, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
~Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

makan ngan nutella pun sedap.. nyumm