Wednesday 6 February 2013

CHEESECAKE




  Cheesecake yang sedap sangat, ramai yang dah cuba resepi ni. Rasa persis New York Cheesecake kat secret recipe.. hehe. persis jer la.. klau cakap sebijik rasa cam secret mati la kena cerca! Memang akan buat lagi lepas ni. Resepi ni boleh digunakan sebagai basic recipe  dan dipelbagaikan mengikut citarasa, boleh letak oreo, bluebery filling or marble. Thanks biduri sebab share resepi yang marvellous ni.


Cheese Cake
sumber:  Biduri@myresipi.com

Bahan-bahan:
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt [sy guna uht whipping cream 150ml + yogurt 50g]
2 sudu besar jus lemon [sy guna esen vanilla 1 sudu kecil jer]
3 sudu besar tepung gandum [sy guna cake flour]
2 biji telur
90g gula

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

***My method:->
-Filling: putar cream cheese & gula hingga bekrim, masuk tepung & putar, 
then masuk telur satu-persatu, putar lagi, masuk whipping cream+yogurt, putar sehingga sebati.
-Crust: biskut marie dikisar + butter cair + gula 1sudu. gaul sebati tekan-tekan bagi rata pada dasar loyang, bakar kejap dalam 5 minit.
-Lepas tu masukkan filling & bakar cheesecake guna kaedah water bath/bain marie.
~Bila dah masak renggangkan pintu oven, biar cheesecake dalam oven lebih kurang setengah jam.  
~Then bleh keluarkan dari oven sejukkan sehingga suhu bilik, pastu masukkan dalam petiais, sejukkan selama 4 jam / semalaman.
~Dah siap bleh la makan plain camtu jer or letak bluebery filling.. Slurp :p
~Tips nak potong cheesecake: pastikan guna pisau tajam celup dalam air panas/mendidih dan di lap. Baru potongan nampak cantik jer & tak comot.

No comments:

Post a Comment