Saturday 19 January 2013

BROWNIES MUDAH



  Tersaangatlah mudah.. semudah ABC.. Campak-campak, kacau-kacau, lempar dalam oven.. TING! dah masak. hehe..




Brownies Mudah
sumber asal: wssary@myresipi.com
source: izahdaut

Bahan-bahan:
6 sb serbuk koko [sy guna 4 1/2 sb jer]
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula [letak 3/4 pun agak manis, kena letak 2/3 cawan jer]
1/2 sk vanilla [sy guna esen coffee]
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang [sy guna 1/2 cup hazelnut - cincang kasar & panggang]

Cara-cara:
-Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm.
-Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
-Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
-Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.


No comments:

Post a Comment