Sunday 13 January 2013

Orange Crumble Muffin

  Assalamualaikum, hai sumer.. huhu.. Baru-baru ni wat muffin, tapi baru hari ni nak update coz internet tingtong jap. buat masa tengah mc lak tu. Kebetulan ada orange kat umah. Nampak jer buah oren mula la terbayang nak korban buat sesuatu, tengah bosan lak masa tu. My mum suruh buat kek oren jer, tapi cam boring lak. dah lama tak buat muffin, so buat mufifn jer la, senang pun senang, kacau-kacau jer kan, takyah guna mixer segala.

 Google punya google terjumpa satu resepi ni kat blog izahdaut yang glamer dengan mapinyer.. yer la head line pon 'Izzah Muffin Lover' katanya, harus la expert buat muffin kann. Pemilik asal resepi ni dari terry @ allrecipe. Saye ade ubah sikit resepi ni dan terlebih rajin buat topping crumble lagi. Memang tak rugi mencuba.. nyum2 sangat! Thanks izzahdaut sebab share resepi. Jom me'mapin'.. zasS

ORANGE CRUMBLE MUFFIN

bAHAN-bAHAN :-P
2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus [saya guna 3/4 cawan, rasa just nice]
1 sudu besar parutan kulit oren [saya letak 1 1/2 sudu besar]
1/2 cawan butter cair [saya guna 1/4 c butter + 1/4 c minyak jagung]
2/3 cawan jus oren [saya guna jus oren + susu segar sikit]
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut [saya letak kismis jer]

topping: (saya tak letak, saya buat topping crumble)
1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon






















cARA :-p
-Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.
-Masukkan pula gula halus dan parutan kulit oren. Kacau sebati.
-Satukan jus oren, butter cair dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
-Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
-Masukkan ke dalam muffin tray.
-Untuk topping, tabur sedikit kismis, kemudian letak adunan crumble tadi menggunakan garfu.
-Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.


Saturday 5 January 2013

Deutsche Kekse

  Tergeliat lidah kan nak baca tajuk! Heee.. Tapi kalau nak makan sure tak tergeliat.. masuk mulut jer terus lesap.. emmmm *~^  German Cookies atau dalam bahasa german dipanggil Deutsche Kekse. Sebenarnya dah lama dah dok intai resepi ni kat blog bisousatoi. Baru-baru ni, selongkar-selongkar dapur terjumpa tepung kentang balance buat kuih raya last year. Apa lagi korban jer la buat cookies ni.



  Memang sedap, creamy, rasa lemak-lemak, ringan dan gebu. Amat sesuai sangat buat kudap-kudapan sambil menonton tv, kalau dah start kunyah tu memang tak bleh berenti, tup-tup balang dah kosong.. [@_@]' adeh la..

  Nak buat pula cukup senang, resepi pun simple tak guna banyak bahan. Tapi plain cookies camni boleh dipelbagaikan, klau google jer kita boleh nampak gambar ade yang buat versi marble, hias dengan coloured sugar, drizzle dengan chocolate cair, tambah bijan hitam dalam adunan dan sebagainya. Tu semua ikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Pada saya ikut original resepi pun dah sedap, plain jer. Tapi kan, kalau nak makan dengan nutella pun sedap gak, buat macam sandwich sapu nutella kat tengah. Tqvm Kak Rima sebab share resepi. Resepi kat bawah ni dah di terjemah dalam bahasa melayu, saya copy dari blog mat gebu. zasSS..




BAHAN-BAHAN
*125 gram mentega
*125 gram tepung kentang
*80 gram tepung halus (saya guna tepung kek)
*40 gram gula aising, di
ayak
*1/2 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)

CARA-CARA
~Satukan tepung kentang dan tepung kek, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
~Ambil sedikit adunan dalam 1/2 sudu besar, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
~Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

makan ngan nutella pun sedap.. nyumm


Tuesday 1 January 2013

Ep! nU y3R

 
sumber gambar - Mr Google
 
 
  He he. hope tak terlambat lagi nak wish.. Epi Nu Yer..Welcome 2013. Sempena dah masuk 2013 ni meh kita kasi bakar diary 2012 yg berpuaka itu.. pastu abu dia kita boh dalam tempurung p bagi hanyut kat sungai gangga.. get loss!

Monday 31 December 2012

Kek Span Pandan Optima

 
 
  Assalamualaikum. Resepi yang akan dikongsi kali ini adalah sejenis kek yg menggunakan tepung optima atau dikenali dengan tepung spongemix. Kek yang sangat mudah, praktikal dan kos nya pun murah.. Hasilnya pula begitu enak, ringan dan lembut segebu kapas.
 
  Resepi asal diambil dari dapur Mat Gebu dan diolahkan sedikit mengikut citarasa saya. Saya gunakan sedikit santan untuk rasa yang lebih umph! Rasa lemak santan dan aroma pandan memang satu gabungan yang sesuai. Kepada sesiapa yang tidak menggemari perisa pandan, boleh la di tukar kepada perisa lain, atau boleh juga dimarblekan. Kalau nak tengok marble effect yang begitu cantik dan menawan boleh klik -> kebabom. Selamat mencuba... ZASS

 
 
Resepi asal dari: CMG
Sumber dan diolah: AMIR
 
BAHAN-BAHAN :-p



  • 300g tepung optima
  • 4 1/2 biji telur gred A
  • 70g mentega cair
  • 40ml susu segar
  • 40ml santan
  • 1 sudu besar pandan emulco

 
CARA :-p
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, griskan loyang 9X9 inch dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Satukan tepung optima, telur, santan, susu segar & pandan emulco. Gaul sebati dan putar dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga adunan menjadi kembang dan pekat.
  3. Masukkan butter cair, kaup balik adunan dengan spatula hingga sebati.
  4. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
 
 



Sunday 30 December 2012

Puding Roti Mentega.. resepi sesedap rasa

Assalamualaikum,

 
  Hai sumer Resepi pertama yang saya nak kongsi dalam blog ni ialah Puding Roti Mentega a.k.a butter bread pudding.. Kali ni saya gunakan roti benggali. Mungkin lebih enak coz banyak kerak kan. Olahan dari pelbagai resepi lepas dok google2, semua resepi pun lebih kurang jer. Refer resepi dari my mum sikit + campak2 sesuka hati.. Maka terhasilah puding roti ni. layan resepi.. zasss
 



Cara:
 
 
  1. Koyak-koyakan roti dan susun dalam loyang yg telah di gris.. Tabur kismis diatasnya.
  2. Blender gula, telur dan mentega cair. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, air, susu segar, esen vanilla dan blender lagi sehingga halus.
  3. Tuang adunan yg diblender tadi kedalam loyang perlahan2. Biarkan lebih kurang 20 minit.
  4. Ayak serbuk kulit kayu manis di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 160' selama 35-45 minit bergantung pada suhu oven & size loyang.
  6.  
 
 
 
 


My first post#

Asalamualaikum,











 
 
 
Hehe.. TESTING TESTING...
So aper tunggu lagi, Let's blogging okay.. [@_@]'