Confius jap. Biskut ke roti? atau scone? hehe.. Tapi hasilnya memang best! teksturnya lembut seperti roti dengan rasa lemak-lemak butternya..
Resepi dibawah saya copy paste dari blog happyflour
Angel Biscuits
by happyflour
source: Fresh with Anna Olson- Retro 50's Meal(season 2)
Ingredients: (yield about 8 biscuits)
2g instant dry yeast (about 3/4tsp)
30g sugar
1tbsp warm water (body temperature)
190g plain flour
1/4tsp baking soda
1/4tsp baking powder
1/4tsp salt
60g cold unsalted butter, cut into pieces
120g buttermilk
Steps:
1. Stir yeast, a pinch of the sugar and water together and set aside while preparing other ingredients.
2. Sift flour, remaining sugar, baking soda, baking powder and salt into a large bowl.
3. Cut the butter into the flour until it’s a rough crumbly texture.
4. Stir the yeast mixture into the buttermilk and add it all to the flour.
5. Mix until a sticky dough comes together, wrap and chill overnight.
6. The next day, preheat oven to 220'C.
7. On a generously floured surface (dough will be sticky), roll out dough to 1cm thick and fold dough over in half, pressing down gently.
8. Using a 5 cm round cutter (I used a 4cm round cutter.), cut out biscuits and place on a greased tray.
9. Bake 10-12mins, until just lightly browned.
10.Remove from tray and cool it on a wire rack.
11.Serve biscuits warm or freeze and re-warm to serve later.
Saya sertakan juga resepi yang telah di terjemah ke dalam bahasa melayu. Sukatan bahan-bahan saya gandakan kepada 1 1/2 adunan seperti yg saya buat.
Angel Biscuits
Bahan-bahan: (anggaran 12 ketul biskut)
4g yis (+- 1 1/2 sudu kecil)
50g gula
1 1/2 sb air suam (suhu badan)
185g tepung gandum
100g tepung roti
1/3 sk soda bicarbonate
1/3 sk serbuk penaik
1/3 sk garam (sy tak letak sbb guna salted butter)
90g mentega sejuk (dipotong dadu)
180g buttermilk
Cara-cara:
1. Satukan yis, secubit gula dan air suam. Ketepikan sementara menyediakan bahan lain.
2. Dalam mangkuk besar, ayak tepung, lebihan gula tadi, soda bicarbonate, serbuk penaik dan garam.
3. Potong mentega kedalam campuran tepung tadi menggunakan pastry blender atau ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
4. Satukan campuran yis tadi bersama buttermilk dan tuang kedalam adunan tepung tadi.
5. Kacau sehingga bersatu menjadi doh yang lembik. Wrap & sejukkan semalaman.
6. Hari yang seterusnya panaskan oven 220'C.
7. Pada permukaan yg ditabur tepung (doh akan menjadi lembik & melekit), canai doh 1cm tebal dan lipat dua (tebal doh akan menjadi 2cm setelah dilipat), tekan perlahan.
8. Guna penerap bulat ukuran 5cm (sy terap guna gelas jer), terap biskut & susun di atas dulang pembakar yang telah di gris.
9. Bakar 10-12 minit, sehingga keperangan.
10. Alihkan dari dulang pembakar dan sejukkan diatas redai.
11. Hidangkan suam-suam atau boleh juga di sejukkan dan dipanaskan semula untuk dihidangkan kemudian.
**Selepas terap & susun atas dulang pembakar,sy rehatkan selama 10 minit pada suhu bilik.