Wednesday 30 January 2013

My first attempt of making cheesecake..


  First time buat cheese cake. Alhamdullilah menjadi. Baru sampai seru katanya. Lol. Dah lama dah dok intai resepi kat blog kak ummi. Memang membuak2 sgt nak try, tengok resepi pun simple, tengok gambar pun nek juling [@_@]. tambah plak memang suka ngan oreo. Saya try buat setengah adunan jer, yer la takut karang fail masuk tong sampah jer kan.. nangis. T_T Pasal gambar kat atas yang sememeh tu sory ek. :-p  terlebih excited punya pasal cincang pun ikut dan jer. Memang sedap sangat2. Tqvm kak ummi sebab share resepi yang ohsemm ni. nanti nak buat lagi. Jom layan gambar & resepi. KEBABOM!

Crust guna biskut oreo + biskut marie. coz biskut oreo tak cukup beli sepeket jer..



Bakar dalam bekas pound cake 8X4 inch jer.



Pic baru kuar peti ais setelah disejukkan semalaman. Kalau guna loyang biasa camni jangan lupa alas dengan aluminium foil, nanti senang nak keluarkan.



Setelah drizzle ngan chocolate cair.



Pastu lorek-lorek sikit wat corak.. Serabut pala otak tengok kan.. hehe



Setelah dibedah siasat.. hasilnya, eeemmmmmmmmm..pejam mata sambil berangan dok bersantai kat secret recipe jap.. haha




Resepi di bawah ni saya copy & paste dari blog kak ummi.

OREO CHEESECAKE
Resepi asal: Citarasawan (Kak Wan)
Sumber: Homesweethome (Kak Ummi)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
200 gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
50 gm mentega cair (*akak guna 75 gm)

Bahan Filing:-
750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
1/2 tbsp esen vanila
3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
200 ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
1 tbsp lemon juice
15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)

#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Saya buat setengah adunan dari kak ummi dan bakar dalam bekas 8X4 inch, sukatan seperti berikut:

Bahan Dasar:-
70 gm biskut oreo + 80 gm biskut marie dikisar halus
40 gm mentega cair

Bahan Filling:-

250 gm keju krim
55 gm gula kaster
1/2 tsp esen vanila
1 biji telur
75 ml whipping krim
1 tsp lemon juice
8 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Cara-cara:-
-Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
-Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
-Masukkan biskut oreo, gaul rata.
-Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
-Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
-Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
-Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Wednesday 23 January 2013

CHEF JOHN'S SCONES - BEST EVER SCONES


 simple + fluffy + moist + tender + yummylicious = PERFECT!



Chef John's Scones
source: Chef John's @ allrecipes / food wishes
translated: AMIR

BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
4 sk baking powder
1/8 sk garam
5 sb butter
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan sour cream [sy guna plain yogurt]
1/3 cawan kismis
1 sk esen vanilla [sy tambah]
glaze:
1 biji telur, dipukul sedikit
1 sudu besar susu segar

CARA-CARA:
-Satukan tepung, gula, baking powder & garam. Kacau rata.
-Masukkan butter sejuk yang dipotong dadu. Ramas guna hujung jari atau pastry blender hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
-Dalam mangkuk yang lain kacau susu bersama sour cream, masukkan kedalam adunan tadi, masukkan juga kismis. Kacau guna garfu hingga sebati. [Jangan over beat, agak2 dah sebati, stop]
-Alihkan doh keatas papan pencanai yg sudah ditabur sedikit tepung. Leperkan doh menggunakan tapak tangan menjadi bentuk segi empat, lipat doh kepada tiga bahagian. Leperkan lagi dan ulangi proses yang sama. Potong doh kepada 8 bahagian. Susun diatas dulang pembakar.
-Dalam mangkuk kecil pukul telur bersama satu sudu besar susu, sapu di atas skon.
-Bakar selama 15 minit atau sehingga masak.




Saturday 19 January 2013

BROWNIES MUDAH



  Tersaangatlah mudah.. semudah ABC.. Campak-campak, kacau-kacau, lempar dalam oven.. TING! dah masak. hehe..




Brownies Mudah
sumber asal: wssary@myresipi.com
source: izahdaut

Bahan-bahan:
6 sb serbuk koko [sy guna 4 1/2 sb jer]
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula [letak 3/4 pun agak manis, kena letak 2/3 cawan jer]
1/2 sk vanilla [sy guna esen coffee]
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang [sy guna 1/2 cup hazelnut - cincang kasar & panggang]

Cara-cara:
-Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm.
-Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
-Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
-Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.


Thursday 17 January 2013

Chocolate Raisin Banana Bread

Roti Pisang Coklat Kismis! slurpp..


  Kombinasi coklat dan pisang memang heaven. Rasa pisang & coklat tu memang yummylicious sangat. Bila ternampak ja resepi ni kat blog Joy the Baker memang terus masuk list must tryTambah lak gambar-gambar yang menyelerakan kat situ, memang tak sabar sangat nak cuba.. *~^


  Sebenarnya resepi asal namanya 'Chocolate Chocolate Chip Banana Bread', alkisahnyer chocolate chip dah abis, so guna jer la apa yg ada kat rumah, saya gantikan dengan kismis, Makanya, jadi la 'Chocolate Raisin Banana Bread'.. Lol..  Walaupun resepi ni dalam kategori quick bread tapi teksturnya lembut, moist & cakey. Lepas simpan semalaman lagi moist jadinye. Kalau ada chocolate chip rasanya lagi sedap kot. Resepi di bawah ni saya kopi & pasta dari blog Joy the Baker.. zasS

Chocolate Chocolate Chip Banana Bread
Source: Joy the Baker

2 cups all purpose flour
1 cup unsweetened cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon baking soda
1 stick (8 tablespoons) unsalted butter, at room temperature
3/4 cup sugar
1/2 cup (packed) light brown sugar
2 large eggs
2 ripe bananas, mashed
3/4 cup buttermilk
3 ounces bittersweet chocolate, coarsely chopped [I use raisin]

*Center a rack in the oven and preheat the oven to 350 degrees F. Butter a 9×5 inch loaf pan and place it on an insulated baking sheet or on two regular baking sheets one on top of the other. This extra insulation will keep the bottom of the bread from overbaking.

-Sift together the flour, cocoa, baking powder, salt ad baking soda.
-Working with a stand mixer with a paddle attachment, or with a hand mixer in a large bowl, beat the butter at medium speed for about a minute until soft.
-Add the sugars and beat for 2 minutes more.
-Add the eggs one at a time, beating for a minute after each addition. At this point , the batter may look a little curdled- it’s ok.
-Reduce the mixer speed to low and mix in the mashed bananas.
-Add the dry ingredients in three additions, mixing only until they disappear into the batter.
-Still on low sweep, add the buttermilk, mixing until it is incorporated.
-Stir in the chopped chocolate raisin. Scrape batter into prepared pan.
-Bake for 3o minutes. Cover the bread loosely with a foil tend to keep the top from getting too dark, and continue to bake for another 40-45 minutes (total baking time is between 70 and 75 minutes), or until a thin knife inserted into the center comes out clean.
-Transfer the pan to a rack and cool for at least 20 minutes before running a knife around the edges of the bread and unmolding it. Invert and cool to room temperature right side up.



Sunday 13 January 2013

Orange Crumble Muffin

  Assalamualaikum, hai sumer.. huhu.. Baru-baru ni wat muffin, tapi baru hari ni nak update coz internet tingtong jap. buat masa tengah mc lak tu. Kebetulan ada orange kat umah. Nampak jer buah oren mula la terbayang nak korban buat sesuatu, tengah bosan lak masa tu. My mum suruh buat kek oren jer, tapi cam boring lak. dah lama tak buat muffin, so buat mufifn jer la, senang pun senang, kacau-kacau jer kan, takyah guna mixer segala.

 Google punya google terjumpa satu resepi ni kat blog izahdaut yang glamer dengan mapinyer.. yer la head line pon 'Izzah Muffin Lover' katanya, harus la expert buat muffin kann. Pemilik asal resepi ni dari terry @ allrecipe. Saye ade ubah sikit resepi ni dan terlebih rajin buat topping crumble lagi. Memang tak rugi mencuba.. nyum2 sangat! Thanks izzahdaut sebab share resepi. Jom me'mapin'.. zasS

ORANGE CRUMBLE MUFFIN

bAHAN-bAHAN :-P
2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus [saya guna 3/4 cawan, rasa just nice]
1 sudu besar parutan kulit oren [saya letak 1 1/2 sudu besar]
1/2 cawan butter cair [saya guna 1/4 c butter + 1/4 c minyak jagung]
2/3 cawan jus oren [saya guna jus oren + susu segar sikit]
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut [saya letak kismis jer]

topping: (saya tak letak, saya buat topping crumble)
1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon






















cARA :-p
-Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.
-Masukkan pula gula halus dan parutan kulit oren. Kacau sebati.
-Satukan jus oren, butter cair dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
-Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
-Masukkan ke dalam muffin tray.
-Untuk topping, tabur sedikit kismis, kemudian letak adunan crumble tadi menggunakan garfu.
-Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.


Saturday 5 January 2013

Deutsche Kekse

  Tergeliat lidah kan nak baca tajuk! Heee.. Tapi kalau nak makan sure tak tergeliat.. masuk mulut jer terus lesap.. emmmm *~^  German Cookies atau dalam bahasa german dipanggil Deutsche Kekse. Sebenarnya dah lama dah dok intai resepi ni kat blog bisousatoi. Baru-baru ni, selongkar-selongkar dapur terjumpa tepung kentang balance buat kuih raya last year. Apa lagi korban jer la buat cookies ni.



  Memang sedap, creamy, rasa lemak-lemak, ringan dan gebu. Amat sesuai sangat buat kudap-kudapan sambil menonton tv, kalau dah start kunyah tu memang tak bleh berenti, tup-tup balang dah kosong.. [@_@]' adeh la..

  Nak buat pula cukup senang, resepi pun simple tak guna banyak bahan. Tapi plain cookies camni boleh dipelbagaikan, klau google jer kita boleh nampak gambar ade yang buat versi marble, hias dengan coloured sugar, drizzle dengan chocolate cair, tambah bijan hitam dalam adunan dan sebagainya. Tu semua ikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Pada saya ikut original resepi pun dah sedap, plain jer. Tapi kan, kalau nak makan dengan nutella pun sedap gak, buat macam sandwich sapu nutella kat tengah. Tqvm Kak Rima sebab share resepi. Resepi kat bawah ni dah di terjemah dalam bahasa melayu, saya copy dari blog mat gebu. zasSS..




BAHAN-BAHAN
*125 gram mentega
*125 gram tepung kentang
*80 gram tepung halus (saya guna tepung kek)
*40 gram gula aising, di
ayak
*1/2 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)

CARA-CARA
~Satukan tepung kentang dan tepung kek, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
~Ambil sedikit adunan dalam 1/2 sudu besar, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
~Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

makan ngan nutella pun sedap.. nyumm


Tuesday 1 January 2013

Ep! nU y3R

 
sumber gambar - Mr Google
 
 
  He he. hope tak terlambat lagi nak wish.. Epi Nu Yer..Welcome 2013. Sempena dah masuk 2013 ni meh kita kasi bakar diary 2012 yg berpuaka itu.. pastu abu dia kita boh dalam tempurung p bagi hanyut kat sungai gangga.. get loss!