Monday 31 December 2012

Kek Span Pandan Optima

 
 
  Assalamualaikum. Resepi yang akan dikongsi kali ini adalah sejenis kek yg menggunakan tepung optima atau dikenali dengan tepung spongemix. Kek yang sangat mudah, praktikal dan kos nya pun murah.. Hasilnya pula begitu enak, ringan dan lembut segebu kapas.
 
  Resepi asal diambil dari dapur Mat Gebu dan diolahkan sedikit mengikut citarasa saya. Saya gunakan sedikit santan untuk rasa yang lebih umph! Rasa lemak santan dan aroma pandan memang satu gabungan yang sesuai. Kepada sesiapa yang tidak menggemari perisa pandan, boleh la di tukar kepada perisa lain, atau boleh juga dimarblekan. Kalau nak tengok marble effect yang begitu cantik dan menawan boleh klik -> kebabom. Selamat mencuba... ZASS

 
 
Resepi asal dari: CMG
Sumber dan diolah: AMIR
 
BAHAN-BAHAN :-p



  • 300g tepung optima
  • 4 1/2 biji telur gred A
  • 70g mentega cair
  • 40ml susu segar
  • 40ml santan
  • 1 sudu besar pandan emulco

 
CARA :-p
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, griskan loyang 9X9 inch dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Satukan tepung optima, telur, santan, susu segar & pandan emulco. Gaul sebati dan putar dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga adunan menjadi kembang dan pekat.
  3. Masukkan butter cair, kaup balik adunan dengan spatula hingga sebati.
  4. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
 
 



Sunday 30 December 2012

Puding Roti Mentega.. resepi sesedap rasa

Assalamualaikum,

 
  Hai sumer Resepi pertama yang saya nak kongsi dalam blog ni ialah Puding Roti Mentega a.k.a butter bread pudding.. Kali ni saya gunakan roti benggali. Mungkin lebih enak coz banyak kerak kan. Olahan dari pelbagai resepi lepas dok google2, semua resepi pun lebih kurang jer. Refer resepi dari my mum sikit + campak2 sesuka hati.. Maka terhasilah puding roti ni. layan resepi.. zasss
 



Cara:
 
 
  1. Koyak-koyakan roti dan susun dalam loyang yg telah di gris.. Tabur kismis diatasnya.
  2. Blender gula, telur dan mentega cair. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, air, susu segar, esen vanilla dan blender lagi sehingga halus.
  3. Tuang adunan yg diblender tadi kedalam loyang perlahan2. Biarkan lebih kurang 20 minit.
  4. Ayak serbuk kulit kayu manis di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 160' selama 35-45 minit bergantung pada suhu oven & size loyang.
  6.  
 
 
 
 


My first post#

Asalamualaikum,











 
 
 
Hehe.. TESTING TESTING...
So aper tunggu lagi, Let's blogging okay.. [@_@]'